BELGRADE: Band Lengan Kapten yang dilempar C.Ronaldo kapten Pasukan Portugal itu ketika bertemu serbia baru-baru ini semasa kelayakan Piala Dunia dibeli oleh syarikat pertaruhan di sebuah lelong amal bagi membantu pembiayaian pembedahan bagi menyelamatkan satu nyawa seorang bayi yang berusia enam bulan
Mozzart (sebuah badan Agensi Perlelongan) Serbia mengatakan dalam satu kenyataan pada hari jumaat lalu bahawa ia membayar AS $ 75,150 untuk lengan yang diambil oleh seorang anggota bomba di stadium Rajko Mitic Red Star ketika pertemuan serbia dan Portugal baru-baru ini.
"Kami memutuskan untuk mengambil bahagian dalam lelongan ini kerana sifatnya bersifat kemanusiaan" Kata Mozzart. "Tujuannya adalah bagi membantu anak kecil Gavrilo Djurdjevic dan juga bagi meningkatkan kesedaran bahawa kita perlu bersatu dalam mengambil tindakan seperti ini."
Bayi Gavrilo Djurdjevic yang berusia 6bulan itu menderita Atrofi Tulang belakang dan ibunya Nevena mengatakan bahawa keluarga telah menerima sumbangan sekitar AS $ 587,900 setakat ini.
C.Ronaldo marah dan menyerang di luar padang beberapa saat sebelum wisel penamat berkesudahan seri 2-2 dengan serbia pada hari selasa lalu dan membuang band lengan kaptennya ketika golnya dinafikan di saat akhir perlawanan.
Tayangan Ulangan dari televisyen itu menunjukkan sepakan gol C.Ronaldo itu melintasi melebihi garisan gawang sebelum pemain pertahanan serbia, Stefan Mitrovic menepis bola itu keluar tanpa teknologi VAR dan membuatkan C.Ronaldo Marah dan begang.- Reuters

Good luck... There are many of kind people will be donate for her
ReplyDeleteWooowww...
ReplyDeleteList in history of football..
ReplyDelete