السلام عليكم w.b.t
ASSALAMMUALAIKUM...
PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH
Sebagai seorang Muslim tidak kira di malaysia mahupun di seluruh Dunia, kita sudah sedia maklum bahawa tiap2 tahun kita menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Didalam bulan Ramadhan terdapat banyak perkara yang dibuat oleh seluruh warga Muslim bagi mendapatkan pahala yang banyak sempena singgahnya bulan yang mulia ini, diantaranya membuat perkara-perkara sunat seperti berpuasa disiang hari, berterawih dimalam hari, qiamullail dipertengahan malam dan banyak lagi.
Disini saya hanya kongsikan cara-cara bagi menjalankan terawih berseorangan mahupun berjemaah. Samada 8rakaat mahupun 20rakaat. kita sudah sedia maklum dimasa kini dunia kita dilanda wabak penyakit yang amat dasyat sehingga seluruh dunia merasainya iaitu Wabak Covid19 sehingga seluruh dunia mengamalkan PKP bagi berjaga-jaga. Oleh itu saya kongsikan cara-cara mejalankan samada secara individual mahupun berjemaah.
Banyak kelebihan solat sunat terawih ni dan antaranya disebut dalam Hadis Nabi SAW.
"Barang siapa yang mendirikan solat (Terawih) pada malam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu." - HR Muslim
Berikut saya kongsikan cara solat terawih lengkap yang dirujuk melalui JAKIM. Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak dan menjalankan ibadah terawih guys....
Cara Solat Terawih
Berikut adalah cara solat sunat terawih yang boleh dilakukan samada secara individual atau berjemaah
1. Lafaz Niat Solat Terawih
Lafaz niat solat Sunat Terawih
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى
"Sahaja aku sembahyang sunat Terawih dua rakaat (menjadi makmum/imam) kerana Allah Taala."
2. Menyempurnakan Rukun Yang Lain
Rukun menunaikan solat sunat terawih ini sama dengan rukun solat yang lain seperti yang kita buat dengan waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Jadi, selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, bacaan pertama Al-Fatihah kemudian diikuti dengan surah pilihan masing-masing, rukuk iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan kemudian ke rakaat kedua sehingga bacaan tahiyat akhir dan di akhiri dengan salam semuanya sama. Serta Jumlah rakaat pula boleh di lakukan dengan 8 Rakaat (4 salam) mahupun 20 Rakaat (10 salam)
3. Bacaan Surah
Sebenarnya kita boleh je baca apa-apa surah selepas bacaan Al-Fatihah mengikut apa yang kita boleh hafal. kita tidak boleh ikut la macam ahli hafiz tu yang hafal 30Juz tu. hihi......
Tapi pada malam pertama sampai ke malam 15 Ramadhan boleh je baca ikut urutan seperti di bawah pada rakaat pertama
- Surah Al-Takathur
- Surah Al-Asr
- Surah Al-Humazah
- Surah Al-Fil
- Surah Quraish
- Surah Al-Ma'un
- Surah Al-Kautsar
- Surah Al- Kafirun
- Surah An-Nasr
- Surah Al-Masad
- Pada tiap-tiap rakaat yang pertama selepas baca Al-Fatihah baca Surah Al-Qadr.
- Pada tiap-tiap Rakaat kedua pula selepas baca Surah Al-Fatihah baca Surah seperti hari pertama Ramadhan sampai ke 15 Ramadhan dari Surah Al-Takathur hingga kepada Surah Al-Masad
Acara Selawat & Wirid pula bacaan tertentu ketika kita memulakan ataupun di antara solat terawih tidaklah di mesti kan jika kita tidak menghafalnya.
Tapi, tidak salah juga kita ingin mengamalkannya kerana semua ini adalah bagi menambahkan lagi pahala-pahala di bulan yang penuh baroqah ini.
sebagai rujukan saya sertakan guyss kat bawah ni...
- Pada rakaat pertama - Surah Al-A'la
- Pada rakaat kedua - Surah Al-Kafirun
- Pada Rakaat ketiga - Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas







Terbaik bro
ReplyDeleteOK tq
ReplyDeleteAlhamdulillah..terbaik👍🥰
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDelete