Tuesday, 13 April 2021

RESEPI MEE KERING RANGGU VERSI GORENG

 JOM MASAK GUYSSSSSSS......



Kali ni saya kongsi menu masakan mee goreng terlaris dalam cita rasa keinginan Anda semua guyss. kali ni saya mengunakan produk Nassalin Mee Kering Ranggu sebagai bahan utama guys...orang kata belum cuba belum tahu kan..huhu..ok guys..lets goooooo

kesukaan admin ni Mee Goreng Basah Udang, selalu admin masak dalam 5 hingga 7 orang...serta masa penyediaan tak berapa lama dalam 15 hingga 20minit guys...


Bahan-bahannya

  • Sebungkus Mee Kering Ranggu
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang cina atau bawang putih
  • minyak masak..lagi sedap minyak zaitun
  • 2biji Telur
  • 10 bijih cili padi di tumbuk halus
  • 3sudu besar sos tiram
  • 2sudu besar kicap sabahan
  • Limau nipis atau kasturi
Simple kan??? tapi kaw2 sedappppppp gilerrrrr....hehe

Cara Penyediaan:

1. Buang kulit udang
2. tumbuk halus atau kisar bawang putih dan bawang besar
3. Panaskan minyak masak atau zaitun ke dalam periuk atau kuali ikut peralatan yang ada la kan.
4. masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumiskan sampai secukup wangi
5. masukkan air putih secukupnya
6. masukkan udang 
7.masukkan telur dan gaulkan dia sampai telur tu nampak masak secukupnya, sebab bila masuk mee nanti telur tu sekata bercampur mee 
8.masukkan sos tiram dan kicap sabahan tu
9. masukkan mee kering ranggu
10 masukkan cili padi yang di tumbuk halus tu
11. Hidangkan beserta letakkan atau hiasi mee goreng anda tu dengan limau nipis tu...




Jeng jeng jeng....kan senang...hehe

selamat mencuba guyssssssss

By : Datzboyz
cc : Nassalin Mee Kering Ranggu

Monday, 12 April 2021

Nassalin Mee Kering Ranggu???

 SEDAP SAMPAI LICIN



Salam Sayang semua Guysssss...

Assalammualaikum....kita kembali guysss tapi dengan content yang lain pula..kali ni kita terjun ke makanan pula...

Pernah dengar NASSALIN MEE KERING RANGGU??..sebelum tu kita cerita kebaikan Mee Kering Ranggu ni..Mee Kering Ranggu di Ilhamkan oleh sepasang suami isteri dan you guys mau tau? dorang baru bertapak dan menceburi bidang perindustrian ni sekitar tahun 2013. NASSALIN adalah jenama bagi mee Kering ranggu ni dan sudahpun menjadi hak milik tetap dimana sudahpun didaftarkan dibawah MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) yang bagusnya mereka ini adalah bumiputra Sabah  yang bertempat di Tawau Sabah Guys..Sabahan bah itu...terbaikkk....



yang bestnya guys produk ini berasaskan produk halal diciptakan dengan penuh kasih sayang yang mana dihasilkan dengan:

  • Tanpa Kanji
  • Tanpa Air Kapur 
  • Tanpa Bahan Pengawet
Yang bestnya lagi guys...Mee Kering Ranggu ni boleh dimasak pelbagai menu seperti:
  • Mee Sup
  • Mee Goreng
  • Laksa
  • Mee Basah
  • dan Pelbagai lagi..ikut cerita c pemasak la kan...hehee





Tapi min suka mee goreng udang basah guys....hehehe...alaaaa takpe min kongsi resipi masakan min pla guna Mee Kering Ranggu ni ok...tapi di episod lain masa la...hehehe

segala Order boleh terus kontak owner ni guys..ble minta harga sayang2...hehe. ataupun banyak kat gerai2 lah mahupun runcit....

Batu 10.5, Jalana Mariano, Kg Ranggu (1,756.99 km)
91000 Tawau, Sabah

016-8013120



Editing By : DatzBoyz
cc : Nassalin Mee Kering Ranggu



Wednesday, 7 April 2021

PANDUAN TERAWIH..DAH BERSEDIAKAH ANDA?

 السلام عليكم w.b.t


ASSALAMMUALAIKUM...

PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH



Sebagai seorang Muslim tidak kira di malaysia mahupun di seluruh Dunia, kita sudah sedia maklum bahawa tiap2 tahun kita menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Didalam bulan Ramadhan terdapat banyak perkara yang dibuat oleh seluruh warga Muslim bagi mendapatkan pahala yang banyak sempena singgahnya bulan yang mulia ini, diantaranya membuat perkara-perkara sunat seperti berpuasa disiang hari, berterawih dimalam hari, qiamullail dipertengahan malam dan banyak lagi.

Disini saya hanya kongsikan cara-cara bagi menjalankan terawih berseorangan mahupun berjemaah. Samada 8rakaat mahupun 20rakaat. kita sudah sedia maklum dimasa kini dunia kita dilanda wabak penyakit yang amat dasyat sehingga seluruh dunia merasainya iaitu Wabak Covid19 sehingga seluruh dunia mengamalkan PKP bagi berjaga-jaga. Oleh itu saya kongsikan cara-cara mejalankan samada secara individual mahupun berjemaah. 

Banyak kelebihan solat sunat terawih ni dan antaranya disebut dalam Hadis Nabi SAW.

"Barang siapa yang mendirikan solat (Terawih) pada malam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu." - HR Muslim

Berikut saya kongsikan cara solat terawih lengkap yang dirujuk melalui JAKIM. Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak dan menjalankan ibadah terawih guys....


Cara Solat Terawih

Berikut adalah cara solat sunat terawih yang boleh dilakukan samada secara individual atau berjemaah


 1. Lafaz Niat Solat Terawih

Lafaz niat solat Sunat Terawih

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى

"Sahaja aku sembahyang sunat Terawih dua rakaat (menjadi makmum/imam) kerana Allah Taala."

2. Menyempurnakan Rukun Yang Lain

Rukun menunaikan solat sunat terawih ini sama dengan rukun solat yang lain seperti yang kita buat dengan waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Jadi, selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, bacaan pertama Al-Fatihah kemudian diikuti dengan surah pilihan masing-masing, rukuk iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan kemudian ke rakaat kedua sehingga bacaan tahiyat akhir dan di akhiri dengan salam semuanya sama. Serta Jumlah rakaat pula boleh di lakukan dengan 8 Rakaat (4 salam) mahupun 20 Rakaat (10 salam)

3. Bacaan Surah 

Sebenarnya kita boleh je baca apa-apa surah selepas bacaan Al-Fatihah mengikut apa yang kita boleh hafal. kita tidak boleh ikut la macam ahli hafiz tu yang hafal 30Juz tu. hihi......

Tapi pada malam pertama sampai ke malam 15 Ramadhan boleh je baca ikut urutan seperti di bawah pada rakaat pertama

  • Surah Al-Takathur
  • Surah Al-Asr
  • Surah Al-Humazah
  • Surah Al-Fil
  • Surah Quraish
  • Surah Al-Ma'un
  • Surah Al-Kautsar
  • Surah Al- Kafirun
  • Surah An-Nasr
  • Surah Al-Masad
Pada rakaat kedua pula baca Surah Al-Ikhlas

pada hari 16 ramadhan sampai ke akhir ramadhan pula bacaan surah berubah seperti dibawah ini

  • Pada tiap-tiap rakaat yang pertama selepas baca Al-Fatihah baca Surah Al-Qadr.
  • Pada tiap-tiap Rakaat kedua pula selepas baca Surah Al-Fatihah baca Surah seperti hari pertama Ramadhan sampai ke 15 Ramadhan dari Surah Al-Takathur hingga kepada Surah Al-Masad
Sebenarnya Surah-surah pilihan seperti di atas hanya la bagi kita mengingati urutan Rakaat yang telah atau yang sedang kita buat. Boleh je kita baca mana-mana surah yang kita hafal guys...

Selawat & Wirid Antara Solat

Acara Selawat & Wirid pula bacaan tertentu ketika kita memulakan ataupun di antara solat terawih tidaklah di mesti kan jika kita tidak menghafalnya.

Tapi, tidak salah juga kita ingin mengamalkannya kerana semua ini adalah bagi menambahkan lagi pahala-pahala di bulan yang penuh baroqah ini.

sebagai rujukan saya sertakan guyss kat bawah ni...









Cara Solat Sunat Witir

Mengikut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia, Menunaikan solat Sunat Witir selepas solat Sunat Terawih sebanyak 3 Rakaat

Sunat Witir ini sama dengan cara solat-solat yang lain, namun bilangan rakaat yang ganjil.

Berikut adalah cara menunaikan solat Sunat Witir 3 rakaat:

1. Dilakukan 3 rakaat dengan 2 salam bermaksud 2 rakaat + 1 rakaat
2.Lafaz niat Solat Sunat Witir :-

"Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat / 1 rakaat (makmum / imam) kerana Allah Taala"

3. Solat seperti biasa dan diakhiri salam

Tetapi,,,

4. Surah pula boleh baca apa-apa surah selepas baca Al-Fatihah. Namun lagi afdal boleh baca surah seperti berikut:

  • Pada rakaat pertama - Surah Al-A'la
  • Pada rakaat kedua - Surah Al-Kafirun
  • Pada Rakaat ketiga - Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
5. Pada malam ke 16 hingga ke akhir Ramadhan pula di sunatkan membaca Doa Qunut pada rakaat yang akhir. Bacaannya sama dengan bacaan Qunut di waktu solat Subuh



SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA GUYS.SS..I LAPIUUUUUU ALLSSSS...






Friday, 2 April 2021

BAND LENGAN KAPTEN C.RONALDO DIJUAL?

 


  BELGRADE: Band Lengan Kapten yang dilempar C.Ronaldo kapten Pasukan Portugal itu ketika bertemu serbia baru-baru ini semasa kelayakan Piala Dunia dibeli oleh syarikat pertaruhan di sebuah lelong amal bagi membantu pembiayaian pembedahan bagi menyelamatkan satu nyawa seorang bayi yang berusia enam bulan

Mozzart (sebuah badan Agensi Perlelongan) Serbia mengatakan dalam satu kenyataan pada hari jumaat lalu bahawa ia membayar AS $ 75,150 untuk lengan yang diambil oleh seorang anggota bomba di stadium Rajko Mitic Red Star ketika pertemuan serbia dan Portugal baru-baru ini.

"Kami memutuskan untuk mengambil bahagian dalam lelongan ini kerana sifatnya bersifat kemanusiaan" Kata Mozzart. "Tujuannya adalah bagi membantu anak kecil Gavrilo Djurdjevic dan juga bagi meningkatkan kesedaran bahawa kita perlu bersatu dalam mengambil tindakan seperti ini."

Bayi Gavrilo Djurdjevic yang berusia 6bulan itu menderita Atrofi Tulang belakang dan ibunya Nevena mengatakan bahawa keluarga telah menerima sumbangan sekitar AS $ 587,900 setakat ini.

C.Ronaldo marah dan menyerang di luar padang beberapa saat sebelum wisel penamat berkesudahan seri 2-2 dengan serbia pada hari selasa lalu dan membuang band lengan kaptennya ketika golnya dinafikan di saat akhir perlawanan.

Tayangan Ulangan dari televisyen itu menunjukkan sepakan gol C.Ronaldo itu melintasi melebihi garisan gawang sebelum pemain pertahanan serbia, Stefan Mitrovic menepis bola itu keluar tanpa teknologi VAR dan membuatkan C.Ronaldo Marah dan begang.- Reuters



MELANCONG KE SARAWAK (SEMUA LINK DESTINASI)

  SARAWAK BUMI KENYALANG kali ini Admin membawakan TRIP TO SARAWAK pula...Hi guys sebelum ini dalam link yang lain admin ada sertakan Link n...